Komuniti Pickleball Meru

Aktif. Meriah.
Sentiasa On Court.

Di sinilah semuanya bermula. Dari social night mingguan, friendly match, hingga ke tournament komuniti.

Player 1Player 2Player 3Player 4

Disertai oleh 100+ pemain aktif

Meru Pickleball Event

Next Event

Social Night

12 Players on court

🏆 Meru Pickleball Tournament 2025

Bermula dengan sesi santai, komuniti Meru Pickleball telah berjaya menganjurkan Meru Pickleball Tournament 2025 yang menghimpunkan 42 Pasukan Men's Doubles dan 16 Pasukan Mixed Doubles.

Bertempat di The Roof Pickleball, Meru Klang, acara ini membuktikan semangat sukan yang luar biasa dan keakraban komuniti kita. Dari pemain baru hingga veteran, semua bersatu di atas gelanggang.

Coming Soon 2026

Meru Pickleball
Mini Tour 2026

Kami akan menjelajah seluruh Lembah Klang! Bersedia untuk siri kejohanan mini yang paling epik tahun hadapan.

12 Lokasi

Sekitar Klang Valley

Mini Tournament

Format Kompetitif & Santai

KLANG VALLEY
TOUR MAP
2026Coming Soon
Simpan Di Dalam Kalendar

Aktiviti Kami

Jom sertai aktiviti bersama kami. Pilih yang mana sesuai dengan anda.

Aktiviti Mingguan Open for all

Weekly Social Night

Setiap Rabu
8:00 PM - 12:00 AM
The Roof pickleball, Meru Klang
Vibe: Santai & SocialBook Slot
Aktiviti Pagi Limited Slots

Sunday Morning Sweat

Setiap Ahad
9:30 AM - 10:30 AM
The Roof pickleball, Meru Klang
Vibe: Active StartBook Slot
Latihan 8/10 Full

Beginner Clinic

Weekend (Sabtu @ Ahad)
9:00 AM - 11:00 AM
The Roof pickleball, Meru Klang
Vibe: Tambah Baik GameplayBook Slot

Jenis Aktiviti Kami

Tak kira anda beginner atau pro, ada ruang untuk anda enjoy game ini.

Game Sessions

Sesi harian atau mingguan untuk semua level. Datang, paddle up, dan main.

Friendly Matches

Lawan team luar atau sesama sendiri dalam suasana kompetitif tapi mesra.

Community Events

Makan-makan, gathering, dan aktiviti luar court untuk eratkan silaturrahim.

Special Games

Tournament kecil, challenge bermusim, dan acara khas yang lebih thrill.

Event Yang Lepas

Momen-momen best yang membuktikan komuniti ini memang happening.

Trusted by 100+ players
Tournament
Sept 2025

Meru Pickleball Tournament 2025

"Tournament pertama Meru Pickleball! Semua pemain tunjukkan skill terbaik, tapi yang paling epic ialah potluck selepas final—makan sampai licin, gelak sampai perut cramp. Juara bola, juara periuk—kita sapu bersih!"

Friendly Match
Oct 2025

Meru Pickleball VS Pickleball Pulse Friendly

"Friendly match yang pertama! Walaupun kita tewas tapi suatu pengalaman yang berharga. Next time kita balas dendam!"

Friendly Match
Nov 2025

Meru Pickleball VS Pick The Ball Klang

"First-timers semua pakat datang, paddle pun baru nak kenal. Bola terbang sana-sini, gelak sampai perut cramp. Tak kesah menang kalah, yang penting vibe chill dan semua balik dengan senyum!"

Vibe Check

Bagaimana Pengalaman Bersama Kami?

Santai & Tak Pressure

Tak perlu takut buat silap. Kita semua mula dari zero. Semua orang memiliki potensi untuk menjadi pemain terbaik.

Kompetitif Bila Perlu

Bila masuk court untuk game, kita fight. Habis game, Kita semua macam keluarga.

NO DRAMA CLUB

"Saya Sesuai Ke Join?"

Jawapan pendek: Ya! Kami tak pandang brand paddle atau skill level anda.

  • Beginner yang baru nak pegang paddle
  • Regular player yang selalu cari game
  • Golongan berumur yang nak kekal aktif
  • Siapa sahaja yang sukakan komuniti positif

*Cuma bawa kasut sukan & semangat kesukanan. Paddle pun boleh sewa dekat court untuk sesi percubaan.

Kolaborasi

Jom Bekerjasama?

Kami sentiasa terbuka untuk sebarang bentuk kerjasama. Sama ada anda nak co-host event, jadi sponsor untuk tournament, atau ada idea menarik untuk komuniti.

Co-hostingSponsorshipVenue PartnerMedia Coverage
👋 Jom join komuniti kami

Sedia Nak Main Bersama?

Tak perlu fikir panjang. Komuniti sentiasa terbuka untuk anda. Lock spot anda sekarang sebelum penuh.